h@i kaWAn2

Sabtu, 10 April 2010

Jubah Buat Ibu...


> "Apa nak jadi dengan kau ni Along? Bergaduh! > Bergaduh! Bergaduh! Kenapa kau degil sangat ni? Tak > boleh ke kau buat sesuatu yang baik, yang tak > menyusahkan aku?", marah ibu. Along hanya membungkam. > Tidak menjawab sepatah apapun. "Kau tu dah besar > Along. Masuk kali ni dah dua kali kau ulang ambil > SPM, tapi kau asyik buat hal di sekolah. Cuba la kau > ikut macam Ang! ah dengan Alang tu. Kenapa kau susah > sangat nak dengar nasiha t orang hah?", leter ibu > lagi. > > Suaranya kali ini sedikit sebak bercampur marah. > Along terus membatukan diri. Tiada sepatah kata pun > yang keluar dari mulutnya. Seketika dia melihat si > ibu berlalu pergi dan kembali semula dengan rotan di > tangannya. Kali ini darah Along mula menderau. Dia > berdoa dalam hati agar ibu tidak memukulnya lagi > seperti selalu. "Sekarang kau cakap, kenapa kau > bergaduh tadi? Kenapa kau pukul anak pengetua tu? > Cakap Along, cakap!" Jerkah ibu. Along semakin > berdebar-debar namun dia tidak dapat berkata-kata. > Suaranya bagai tersekat di kerongkong. Malah, dia > juga tidak tahu bagaimana hendak menceritakan hal > sebenar. Si ibu semakin bengang. " Jadi betul la kau > yang mulakan pergaduhan ye!? Nanti kau, suka sangat > cari penyakitkan, sekarang nah, rasakan!" Si ibu > merotan Along berkali-kali dan berkali-ka! li jugaklah > Along menjerit kesakitan. > > "Sakit bu...sakit....maafkan Along bu, Along janji > tak buat lagi....Bu, jangan pukul bu...sakit bu..." > Along meraung meminta belas si ibu agar tidak > merotannya lagi. "Tau sakit ye, kau bergaduh kat > sekolah tak rasa sakit?" Balas ibu lagi. Kali ini > semakin kuat pukulan si ibu menyirat tubuh Along yang > kurus itu. "Bu...ampunkan Along bu...bukan Along yang > mulakan...bukan Along....bu, sakit bu..!!", rayu > Along dengan suara yang tersekat-sekat menahan pedih. > Along memaut kaki si ibu. Berkali-kali dia memohon > maaf daripada ibunya namun siratan rotan tetap > mengenai tubuhnya. Along hanya mampu berdoa. Dia > tidak berdaya lagi menahan tangisnya. Tangis bukan > kerana sakitnya dirotan, tapi kerana memikirkan tidak > jemukah si ibu merotannya setiap hari. Setelah > hatinya puas, si ibu mula berh! enti merotan Along. > Tangan Along yang masih memaut kakinya it u di tepis > kasar. Along menatap mata ibu. Ada manik-manik kaca > yang bersinar di kelopak mata si ibu. Along memandang > dengan sayu. Hatinya sedih kerana telah membuatkan > ibunya menangis lagi kerananya. > > Malam itu, Along berjaga sepanjang malam. Entah > mengapa matanya tidak dapat dilelapkan. Dia asyik > teringatkan peristiwa dirotan ibu petang tadi. > Begitulah yang berlaku apabila ibu marahkannya. Tapi > kali ini marah ibu sangat memuncak. Mungkin kerana > dia menumbuk anak pengetua sewaktu di sekolah tadi > menyebabkan pengetua hilang sabar dan memanggil > ibunya ke sekolah untuk membuat aduan kesekian > kalinya. Sewaktu di bilik pengetua, Along sempat > menjeling ibu di sebelah. Namun, dia tidak diberi > kesempatan untuk bersuara. Malah, semua kesalahan itu > di dilemparkan kepadanya seorang. Si Malik anak > pengetua itu bebas seolah-olah ! sedikit pun tidak > bersalah dalam hal ini. Along mengesat sisa-sisa air > mata yang masih bertakung di kelopak matanya. Dia > berlalu ke meja tulis mencapai minyak sapu lalu > disapukan pada bekas luka yang berbirat di tubuhnya > dek rotanan ibu tadi. Perlahan-lahan dia menyapu ubat > namun masih tetap terasa pedihnya. Walaupun sudah > biasa dirotan, namun tidak seteruk kali ini Along > merebahkan badannya. Dia cuba memejamkan mata namun > masih tidak mahu lelap. Seketika wajah ibu menjelma > diruang ingatannya. Wajah ibu suatu ketika dahulu > sangat mendamaikan pada pandangan matanya. Tetapi, > sejak dia gagal dalam SPM, kedamaian itu semakin > pudar dan hanya kelihatan biasa dan kebencian di > wajah tua itu. Apa yang dibuat serba tidak kena pada > mata ibu. Along sedar, dia telah mengecewakan hati > ibu dahulu kerana mendapat keputusan yang corot dalam >! SPM. Tetapi Along tidak pernah ambil hati dengan > sikap ibu w alau adakalanya kata-kata orang tua itu > menyakiti hatinya. Along sayang pada ibu. Dialah > satu-satunya ibu yang Along ada walaupun kasih ibu > tidak semekar dahulu lagi. Along mahu meminta maaf. > Dia tidak mahu menjadi anak derhaka. Fikirannya > terlalu cacamarba, dan perasaannya pula semakin resah > gelisah. Akhirnya, dalam kelelahan melayani perasaan, > Along terlelap juga. > > Seminggu selepas peristiwa itu, si ibu masih tidak > mahu bercakap dengannya. Jika ditanya, hanya sepatah > dijawab ibu.. Itupun acuh tidak acuh sahaja. Pulang > dari sekolah, Along terus menuju ke dapur. Dia > mencangak mencari ibu kalau-kalau orang kesayangannya > itu ada di situ. Along tersenyum memandang ibu yang > terbongkok-bongkok mengambil sudu di bawah para dan > kemudian mencacap makanan yang sedang dimasak itu. > Dia nekad mahu menolong. Mudah-mudahan usahanya kali > ini berjaya mengambil hati ibu. Namun, belum sempat > dia melangkah ke dapur, adik perempuannya yang baru > pulang daripada mengaji terus meluru ke arah ibu. > Along terperanjat dan cuba berselindung di sebalik > pintu sambil memerhatikan mereka.. > > " Ibu..ibu masak apa ni? Banyaknya lauk, ibu nak buat > kenduri ye!?" Tanya Atih kehairanan. Dia tidak pernah > melihat ibunya memasak makanan yang pelbagai jenis > seperti itu. Semuanya enak-enak belaka. Si ibu yang > lincah menghiris sayur hanya tersenyum melihat > keletah anak bongsunya itu. Sementara Along disebalik > pintu terus memerhatikan mereka sambil memasang > telinganya. "Ibu, Atih nak rasa ayam ni satu boleh?" > " Eh jangan, nanti dulu. Ibu tau Atih lapar, tapi > tunggulah Kak Ngah dengan Alang balik dulu. Nanti > kita makan sekali. Pergi naik atas mandi dan tukar > baju dulu ye!", si ibu b! ersuara lembut. Along menarik > nafas panjang dan melepaskannya perlahan. 'anak-anak > kesayangan ibu nak balik rupanya..' bisik hati kecil > Along. "Kak Ngah dengan Alang nak balik ke ibu?", > soalnya lagi masih belum berganjak dari dapur. Si ibu > mengangguk sambil tersenyum. Di wajahnya jelas > menampakkan kebahagiaan. "Oooo patutlah ibu masak > lauk banyak-banyak. Mmm bu, tapi Atih pelik la. > Kenapa bila Along balik, ibu tak masak macam ni > pun?". Along terkejut mendengar soalan Atih Namun dia > ingin sekali tahu apa jawapan dari ibunya. "Along kan > hari-hari balik rumah? Kak Ngah dengan Alang lain, > diorang kan duduk asrama, balik pun sebulan sekali > ja!", terang si ibu. "Tapi, ibu tak penah masak lauk > macam ni dekat Along pun..", soal Atih lagi. Dahinya > sedikit berkerut dek kehairanan. Along mula terasa > sebak. Dia mengakui kebenaran kata-kata adiknya itu > namun dia tidak mahu ada perasaan dendam atau marah > walau secalit pun pada ibu yang sangat disayanginya. > "Dah tu, pergi mandi cepat. Kejap lagi kita pergi > ambil Kak Ngah dengan Alang dekat stesen bas." , arah > ibu. Dia tidak mahu Atih mengganggu kerja-kerjanya di > dapur dengan menyoal yang bukan-bukan. Malah ibu juga > tidak senang jika Atih terus bercakap tentang Along. > Pada ibu, Along anak yang derhaka yang selalu > menyakiti hatinya. Apa yang dikata tidak pernah > didengarnya. Selalu pula membuat hal di sekolah > mahupun di rumah. Disebabkan itulah ibu semakin > hilang perhatian pada Along dek kerana marah dan > kecewanya. > > Selepas ibu dan Atih keluar, Along juga turut keluar. > Dia menuju ke Pusat Bandar sambil jalan-jalan buat > menghilangkan tekanannya. Tiba di satu kedai, kakinya > tiba-tiba berhenti melangkah Matanya terpaku pada > sepasang jubah putih berbunga ungu yang di lengkapi! > dengan tudung bermanik. 'Cantiknya, kalau ibu pakai > mesti lawa ni....' Dia bermonolog sendiri. Along > melangkah masuk ke dalam kedai itu. Sedang dia > membelek-belek jubah itu, bahunya tiba-tiba disentuh > seseorang. Dia segera menoleh. Rupa-rupanya itu > Fariz, sahabatnya. "La...kau ke, apa kau buat kat > sini?", tanya Along ingin tahu sambil bersalaman > dengan Fariz. "Aku tolong jaga butik kakak aku. Kau > pulak buat apa kat sini?", soalnya pula. "Aku tak de > buat apa-apa, cuma nak tengok-tengok baju ni. Aku > ingat nak kasi mak aku!", jelas Along jujur. > "waa...bagus la kau ni Azam. Kalau kau nak beli aku > bagi less 50%. Macammana?" Terlopong mulut Along > mendengar tawaran Fariz itu. "Betul ke ni Riz? Nanti > marah kakak kau!", Along meminta kepastian. "Untuk > kawan baik aku, kakak aku mesti bagi punya!", balas > Fariz meyakinkannya. "Tapi aku kena beli minggu depan > la. Aku tak cukup duit sekarang ni." ! Cerita Along > agak keseganan. Fariz hanya menepuk mahunya sambil > tersenyum. "Kau ambik dulu, lepas tu kau bayar > sikit-sikit." Kata Fariz . Along hanya menggelengkan > kepala tanda tidak setuju. Dia tidak mahu berhutang > begitu. Jika ibunya tahu, mesti dia dimarahi > silap-silap dipukul lagi. "Dekat kau ada berapa > ringgit sekarang ni?", soal Fariz yang benar-benar > ingin membantu sahabatnya itu. Along menyeluk saku > seluarnya dan mengeluarkan dompet berwarna hitam yang > semakin lusuh itu. "Tak sampai sepuluh ringgit pun > Riz, tak pe lah, aku datang beli minggu depan. Kau > jangan jual dulu baju ni tau!", pesan Along > bersungguh-sungguh. Fariz hanya mengangguk senyum. > > Hari semakin lewat. Jarum pendek sudah melangkaui > nombor tujuh. Setelah tiba, kelihatan Angah dan Alang > sudah berada di dalam rumah. Mereka sedang rancak > berbual de! ngan ibu di ruang tamu. Dia menoleh ke arah > mereka seketika k emudian menuju ke dapur. Perutnya > terasa lapar sekali kerana sejak pulang dari sekolah > petang tadi dia belum makan lagi. Penutup makanan > diselak. Syukur masih ada sisa lauk-pauk yang ibu > masak tadi bersama sepinggan nasi di atas meja. Tanpa > berlengah dia terus makan sambil ditemani Si Tomei, > kucing kesayangan arwah ayahnya. "Baru nak balik > waktu ni? Buat hal apa lagi kat luar tu?", soalan ibu > yang bernada sindir itu tiba-tiba membantutkannya > daripada menghabiskan sisa makanan di dalam pinggan. > "Kenapa tak makan kat luar ja? Tau pulak, bila lapar > nak balik rumah!", leter ibu lagi. Along hanya diam. > Dia terus berusaha mengukir senyum dan membuat muka > selamber seperti tidak ada apa-apa yang berlaku. > Tiba-tiba Angah dan Alang menghampirinya di meja > makan. Mereka berdiri di sisi ibu yang masih > memandang ke arahnya seperti tidak berpuas ha! ti. > "Along ni teruk tau. Suka buat ibu susah hati. Kerana > Along, ibu kena marah dengan pengetua tu." Marah > Angah, adik perempuannya yang sedang belajar di MRSM. > Along mendiamkan diri. Diikutkan hati, mahu saja dia > menjawab kata-kata adiknya itu tetapi melihat kelibat > ibu yang masih di situ, dia mengambil jalan untuk > membisu sahaja. "Along! Kalau tak suka belajar, > berhenti je la. Buat je kerja lain yang berfaedah > daripada menghabiskan duit ibu", sampuk Alang, adik > lelakinya yang menuntut di sekolah berasrama penuh. > Kali ini kesabarannya benar-benar tercabar. Hatinya > semakin terluka melihat sikap mereka semua. Dia tahu, > pasti ibu mengadu pada mereka. Along mengangkat > mukanya memandang wajah ibu. Wajah tua si ibu masam > mencuka. Along tidak tahan lagi. Dia segera mencuci > tangan dan meluru ke biliknya. > > Perasaannya jadi ! kacau. Fikirannya bercelaru. Hatinya > pula jadi tidak keruan m emikirkan kata-kata mereka. > Along sedar, kalau dia menjawab, pasti ibu akan > semakin membencinya. Along nekad, esok pagi-pagi, dia > akan tinggalkan rumah. Dia akan mencari kerja di > Bandar. Kebetulan cuti sekolah selama seminggu > bermula esok. Seperti yang dinekadkan, pagi itu > selesai solat subuh, Along terus bersiap-siap dengan > membawa beg sekolah berisi pakaian, Along keluar > daripada rumah tanpa ucapan selamat. Dia sekadar > menyelitkan nota buat si ibu menyatakan bahawa dia > mengikuti program sekolah berkhemah di hutan selama > seminggu. Niatnya sekadar mahu mencari ketenangan > selama beberapa hari justeru dia terpaksa berbohong > agar ibu tidak bimbang dengan tindakannya itu. Along > menunggang motorsikalnya terus ke Pusat Bandar untuk > mencari pekerjaan. Nasib menyebelahinya, tengah hari > itu, dia diterima bekerja dengan Abang Joe sebagai &! gt; pembantu di bengkel membaiki motorsikal dengan upah > lima belas ringgit sehari, dia sudah rasa bersyukur > dan gembira. Gembira kerana tidak lama lagi, dia > dapat membeli jubah untuk ibu. Hari ini hari ke empat > Along keluar daripada rumah. Si ibu sedikit gelisah > memikirkan apa yang dilakukan Along di luar. Dia juga > berasa agak rindu dengan Along. Entah mengapa hati > keibuannya agak tersentuh setiap kali terpandang > bilik Along. Tetapi kerinduan dan kerisauan itu > terubat apabila melihat gurau senda anak-anaknya yang > lain. > > Seperti selalu, Along bekerja keras membantu Abang > Joe di bengkelnya. Sikap Abang Joe yang baik dan > kelakar itu sedikit sebanyak mengubat hatinya yang > luka. Abang Joe baik. Dia banyak membantu Along > antaranya menumpangkan Along di rumahnya dengan > percuma. "Azam, kalau aku tanya kau jangan marah k!", > ! soal Abang Joe tiba-tiba sewaktu mereka menikmati > nasi bungku s tengah hari itu. "Macam serius jer > bunyinya Abang Joe?" Along kehairanan. "Sebenarnya, > kau lari dari rumah kan ?" Along tersedak mendengar > soalan itu. Nasi yang disuap ke dalam mulut tersembur > keluar Matanya juga kemerah-merahan menahan sedakan. > Melihat keadaan Along itu, Abang Joe segera > menghulurkan air. "Kenapa lari dari rumah? Bergaduh > dengan parents?" Tanya Abang Joe lagi cuba menduga. > Soalan Abang Joe itu benar-benar membuatkan hati > Along sebak. Along mendiamkan diri. Dia terus menyuap > nasi ke dalam mulut dan mengunyah perlahan. Dia cuba > menundukkan mukanya cuba menahan perasaan sedih. > "Azam, kau ada cita-cita tak...ataupun impian > ker...?" Abang Joe mengubah topik setelah melihat > reaksi Along yang kurang selesa dengan soalannya > tadi. " Ada " jawab Along pendek "Kau nak jadi apa > besar nanti? Jurutera? Doktor? Cikgu? Pemain bol! a? > Mekanik macam aku....atau...." Along > menggeleng-gelengkan kepala. "semua tak...Cuma satu > je, saya nak mati dalam pangkuan ibu saya." Jawab > Along disusuli ketawanya. Abang Joe melemparkan > tulang ayam ke arah Along yang tidak serius menjawab > soalannya itu. " Ala , gurau ja la Abang Joe. > Sebenarnya....saya nak bawa ibu saya ke Mekah > dan...saya....saya nak jadi anak yang soleh!". > Perlahan sahaja suaranya namun masih jelas didengari > telinga Abang Joe. Abang Joe tersenyum mendengar > jawapannya. Dia bersyukur di dalam hati kerana > mengenali seorang anak yang begitu baik. Dia sendiri > sudah bertahun-tahun membuka bengkel itu namun belum > pernah ada cita-cita mahu menghantar ibu ke Mekah. > > Setelah tamat waktu rehat, mereka menyambung kerja > masing-masing. Tidak seperti selalu, petang itu Along > kelihatan banyak berfikir. Mungki! n terkesan dengan > soalan Abang Joe sewaktu makan tadi. "Abang Joe, hari > ni, saya nak balik rumah ...terima kasih banyak > kerana jaga saya beberapa hari ni", ucap Along > sewaktu selesai menutup pintu bengkel. Abang Joe yang > sedang mencuci tangannya hanya mengangguk. Hatinya > gembira kerana akhirnya anak muda itu mahu pulang ke > pangkuan keluarga. Sebelum berlalu, Along memeluk > lelaki bertubuh sasa itu. Ini menyebabkan Abang Joe > terasa agak sebak "Abang Joe, jaga diri baik-baik. > Barang-barang yang saya tinggal kat rumah Abang Joe > tu, saya hadiahkan untuk Abang Joe." Kata Along lagi > "Tapi, kau kan boleh datang bila-bila yang kau suka > ke rumah aku!?", soal Abang Joe. Dia risau > kalau-kalau Along menyalah anggap tentang soalannya > tadi. Along hanya senyum memandangnya. "Tak apa, saya > bagi kat Abang Joe. Abang Joe, terima kasih banyak > ye! Saya rasa tak mampu nak balas budi baik abang. > Tapi, saya ! doakan perniagaan abang ni semakin maju." > Balasnya dengan tenang. Sekali lagi Abang Joe > memeluknya bagai seorang abang memeluk adiknya yang > akan pergi jauh. > > Berbekalkan upahnya, Along segera menuju ke butik > kakak Fariz untuk membeli jubah yang diidamkannya > itu. Setibanya di sana , tanpa berlengah dia terus ke > tempat di mana baju itu disangkut. " Hey Azam, mana > kau pergi? Hari tu mak kau ada tanya aku pasal kau. > Kau lari dari rumah ke?", soal Fariz setelah > menyedari kedatangan sahabatnya itu Along hanya > tersengeh menampakkan giginya. "Zam, mak kau marah > kau lagi ke? Kenapa kau tak bagitau hal sebenar pasal > kes kau tumbuk si Malik tu?" "Tak pe lah, perkara dah > berlalu....lagipun, aku tak nak ibu aku terasa hati > kalau dia dengar tentang perkara ni", terang Along > dengan tenang. "Kau jadi mangsa. Tengok, kalau kau > tak b! agitau, mak kau ingat kau yang salah", kata > Fariz lagi. "Tak apa lah Riz, aku tak nak ibu aku > sedih. Lagipun aku tak kisah." "Zam..kau ni....." > "Aku ok, lagipun aku sayang dekat ibu aku. Aku tak > nak dia sedih dan ingat kisah lama tu." Jelas Along > memotong kata-kata si sahabat yang masih tidak > berpuas hati itu. "Aku nak beli jubah ni Riz. Kau > tolong balutkan ek, jangan lupa lekat kad ni sekali, > k!", pinta Along sambil menyerahkan sekeping kad > berwarna merah jambu. "No problem...tapi, mana kau > dapat duit? Kau kerja ke?" , soal Fariz ingin tahu. > "Aku kerja kat bengkel Abang Joe.. Jadi pembantu > dia", terang Along. "Abang Joe mana ni?" "Yang buka > bengkel motor kat Jalan Selasih sebelah kedai makan > pakcik kantin kita tu!", jelas Along dengan panjang > lebar. Fariz mengangguk . "Azam, kau nak bagi hadiah > ni kat mak kau bila?" "Hari ni la..." balas Along. > "Ooo hari lahir ibu kau hari ni ek?" "Bukan, min! ggu > depan..." "Habis?. Kenapa kau tak tunggu minggu depan > je?", soal Fariz lagi. "Aku rasa hari ni je yang yang > sempat untuk aku bagi hadiah ni. Lagipun, aku harap > lepas ni ibu aku tak marah aku lagi." Jawabnya sambil > mengukir senyum. > > Along keluar daripada kedai. Kelihatan hujan mulai > turun. Namun Along tidak sabar menunggu untuk segera > menyerahkan hadiah itu untuk ibu. Sambil menunggang, > Along membayangkan wajah ibu yang sedang tersenyum > menerima hadiahnya itu. Motosikalnya sudah membelok > ke Jalan Nuri II. Tiba di simpang hadapan lorong > masuk ke rumahnya, sebuah kereta wira yang cuba > mengelak daripada melanggar seekor kucing hilang > kawalan dan terus merempuh Along dari depan yang > tidak sempat mengelak. Akibat perlanggaran yang kuat > itu, Along terpelanting ke tengah jalan dan mengalami > hentakan yang kuat di kepala ! dan belakangnya. Topi > keledar yang dipakai mengalami retakan dan tercabut > daripada kepalanya, Along membuka matanya > perlahan-lahan dan terus mencari hadiah untuk si ibu > dan dengan sisa kudrat yang ada, dia cuba mencapai > hadiah yang tercampak berhampirannya itu. Dia > menggenggam kuat cebisan kain dan kad yang terburai > dari kotak itu. Darah semakin membuak-buak keluar > dari hidungnya. Kepalanya juga terasa sangat berat, > pandangannya berpinar-pinar dan nafasnya semakin > tersekat-sekat. Dalam keparahan itu, Along melihat > kelibat orang-orang yang sangat dikenalinya sedang > berlari ke arahnya. Serta merta tubuhnya terus > dirangkul seorang wanita. Dia tahu, wanita itu adalah > ibunya. Terasa bahagia sekali apabila dahinya dikucup > saat itu. Along gembira. Itu kucupan daripada ibunya. > Dia juga dapat mendengar suara Angah, Alang dan Atih > memanggil-manggil namanya. Namun tiada suara yang > keluar dari ke! rongkongnya saat itu. Along semakin > lemah. Namun, dia kuatkan semangat dan cuba > menghulurkan jubah dan kad yang masih digenggamannya > itu. "Ha..hadiah....untuk.....ibu........." ucapnya > sambil berusaha mengukir senyuman. Senyuman terakhir > buat ibu yang sangat dicintainya. Si ibu begitu sebak > dan sedih. Si anak dipeluknya sambil dicium > berkali-kali. Air matanya merembes keluar bagai tidak > dapat ditahan lagi. Pandangan Along semakin kelam. > Sebelum matanya tertutup rapat, terasa ada air hangat > yang menitik ke wajahnya. Akhirnya, Along terkulai > dalam pangkuan ibu dan dia pergi untuk > selama-lamanya. > > Selesai upacara pengebumian, si ibu terus duduk di > sisi kubur Along bersama Angah, Alang dan Atih. > Dengan lemah, wanita itu mengeluarkan bungkusan yang > hampir relai dari beg tangannya. Sekeping kad > berwarna merah jambu bertom! pok darah yang kering > dibukanya lalu dibaca. 'Buat ibu yang s angat > dikasihi, ampunkanlah salah silap along selama ini. > Andai along melukakan hati ibu, along pinta sejuta > kemaafan. Terimalah maaf along bu..Along janji tak > kan membuatkan ibu marah lagi. Ibu, Along sayang ibu > selama-lamanya. Selamat hari lahir ibu... dan > terimalah hadiah ini.....UNTUKMU IBU!' Kad itu > dilipat dan dicium. Air mata yang bermanik mula > berjurai membasahi pipi. Begitu juga perasaan yang > dirasai Angah, Alang dan Atih. Masing-masing berasa > pilu dan sedih dengan pemergian seorang abang yang > selama ini disisihkan. Sedang melayani perasaan > masing-masing, Fariz tiba-tiba muncul. Dia terus > mendekati wanita tua itu lalu mencurahkan segala apa > yang dipendamnya selama ini. "Makcik, ampunkan segala > kesalahan Azam. Azam tak bersalah langsung dalam kes > pergaduhan tu makcik. Sebenarnya, waktu Azam dan saya > sibuk menyiapkan ! lukisan, Malik datang dekat kami Dia > sengaja cari pasal dengan Azam dengan menumpahkan > warna air dekat lukisan Azam. Lepas tu, dia ejek-ejek > Azam. Dia cakap Azam anak pembunuh. Bapa Azam seorang > pembunuh dan .. dia jugak cakap, ibunya seorang > perempuan gila.." cerita Fariz dengan nada sebak. Si > ibu terkejut mendengarnya. Terbayang di ruang matanya > pada ketika dia merotan Along kerana kesalahan > menumbuk Malik. "Tapi, kenapa arwah tidak ceritakan > pada makcik Fariz?" Soalnya dengan sedu sedan. > "Sebab.....dia tak mahu makcik sedih dan teringat > kembali peristiwa dulu. Dia cakap, dia tak nak makcik > jatuh sakit lagi, dia tak nak mengambil semua > ketenangan yang makcik ada sekarang...walaupun dia > disalahkan, dia terima. Tapi dia tak sanggup tengok > makcik dimasukkan ke hospital sakit jiwa semula...." > Terang Fariz lagi. Dia berasa puas kerana ! dapat > menyatakan kebenaran bagi pihak sahabatnya itu. > ; > Si ibu terdiam mendengar penjelasan Fariz. Terasa > seluruh anggota badannya menjadi Lemah. Berbagai > perasaan mencengkam hatinya. Sungguh hatinya terasa > sangat pilu dan terharu dengan pengorbanan si anak > yang selama ini dianggap derhaka. > > p/s : sayangilah ibu anda sementara beliau masih > ada...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan